Berlaku Kes Culik Murid SK Laksamana?

TULAR:
1343

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana hilang dan dipercayai diculik di depan rumahnya di jalan Mawai, Kota Tinggi, Johor.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, pihak polis telah dipandu arah oleh ibu kepada kanak-kanak berkenaan menaiki kenderaan pasukan polis telah ke alamat Jalan Mawai.

Katanya, sebaik sampai di alamat tersebut dan ibu kanak-kanak telah menganbil anaknya di alamat berkenaan untuk di bawa ke Hospital Sultan Ismail untuk pemeriksaan doktor.

Beliau berkata, “Berdasarkan tular di media sosial ini, pihak polis menafikan kes culik tersebut seperti yang dimuat naik di Facebook. Oleh yang demikian, polis memberi amaran keras kepada semua pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat”.    

SUMBER:

Facebook Polis Johor

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI