Tukar Alamat Pada Kad Pengenalan Perlu Dokumen Sokongan?

TULAR:
2499

PENJELASAN:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperjelaskan berhubung permohonan pertukaran butiran alamat pada kad pengenalan perlu disertakan dokumen sokongan mulai 2 Mei 2019.

Gambar hiasan. Sumber: Astro Awani

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan selepas ada kes “50 hingga 100 orang” menggunakan alamat sama untuk mendapatkan kad pengenalan.

Mohd Azis berkata, penggunaan alamat yang tidak sahih menyukarkan urusan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam urusan daftar mengundi dan juga pengesanan individu dalam siasatan polis.

Tambah beliau, bagi yang menyewa, mereka perlu menyertakan dokumen perjanjian jual beli rumah, perjanjian atau resit sewa rumah serta dokumen lain bagi membuktikan pemohon telah menetap di alamat baharu tersebut.

Jelas beliau lagi, “Sekiranya pemohon tidak dapat mengemukakan dokumen sokongan, mereka hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada penghulu, ketua kampung, tuan rumah, anggota Parlimen dan majikan untuk menyokong permohonan penukaran alamat pemohon”.

SUMBER:

Astro Awani

Facebook Jabatan Pendaftaran Malaysia



MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI