PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya terdapat tiga orang cina disahkan positif Koronavirus COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Besi.
SEBENARNYA:
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita tersebut adalah tidak benar.
Tiada kes seperti didakwa yang dilaporkan dan klinik kesihatan tidak melakukan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19. Saringan kesihatan bagi COVID19 hanya dilakukan di 48 hospital kerajaan.