300,000 Masyarakat India Di Malaysia Tidak Mempunyai Kad Pengenalan?

TULAR:
2090

PALSU:

Tersebar luas sebuah video yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya terdapat 300,000 masyarakat India di Malaysia yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Versi Terkini. Tular: Februari 2018

Sumber gambar: YouTube

Versi Terdahulu. Tular: Jun 2017

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa 300,000 masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kad pengenalan atau berhadapan masalah kewarganegaraan.

Menurut Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Dato’ Mohd Yazid bin Ramli, bilangan warga India yang tampil pada program MyDaftar yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang didakwa itu. Katanya lagi, sejak MyDaftar dimulakan pada 2011 dan program Mega MyDaftar 2017, hanya 1,813 permohonan diterima di 19 lokasi seluruh negara sejak 5 Jun 2017.

SUMBER:

Astro Awani

New Straits Times

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI