Waspada Pengambilan Antibiotik, Elak Kerintangan

TULAR:
813

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dengan pengambilan antibiotik bagi mengelakkan kejadian kerintangan antibiotik daripada berlaku.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Wanista.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, kerintangan antibiotik ialah satu keadaan di mana antibiotik yang digunakan untuk merawat manusia atau haiwan mengalami kerintangan sehingga menyebabkan ia tidak boleh digunakan lagi untuk rawatan penyakit berjangkit.

Tambahnya lagi, “Keadaan ini boleh terjadi melalui penggunaan antibiotik secara berlebihan terhadap kesihatan manusia, haiwan ternakan, akuakultur, pengawalan infeksi, kebersihan dan sanitasi yang kurang memuaskan serta penggunaan antibiotik yang tidak mengikut arahan.

Menurutnya lagi, hanya ubatan tertentu yang ditetapkan dibenarkan penggunaannya manakala antibiotik terlarang adalah tidak dibenarkan sama sekali sebagai campuran makanan haiwan, dan tindakan akan dikenakan bagi memastikan pembetulan dan penambaikkan atau sekatan dibuat.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI