Susu Rumusan ‘Dutch Lady Curious 1-2 Tahun’ Tidak Selamat Untuk Diminum?

TULAR:
2325

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa susu tepung rumusan kanak-kanak berjenama Dutch Lady Curious 1-2 Tahun adalah tidak selamat untuk diminum kerana ia mendatangkan masalah kesihatan seperti ruam merah, batuk, cirit-birit dan demam panas.

Sumber gambar: Facebook.

Hasil verifikasi oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di kilang pengeluaran produk tersebut mendapati kilang berkenaan mempunyai program jaminan keselamatan makanan. Di samping itu, hasil analisis mengesahkan produk tersebut adalah selamat untuk dimakan.

Di bawah subseksyen 13(1), Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan

Facebook Kementerian Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI