Waspada Penyalahgunaan Dan Pemalsuan Kad Pengenalan

TULAR:
3563

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan kad pengenalan mereka bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan seperti pemalsuan kad pengenalan.

Sumber gambar: Jabatan Pendaftaran Negara. 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohammad Razin Abdullah , setiap individu adalah sepenuhnya bertanggungjawab untuk menjaga kad pengenalan masing-masing dan perlu membawanya bersama setiap masa. Tambahnya, berhubung dengan isu pemalsuan kad pengenalan, sejak 1 Januari 2017 seramai 296 orang pesalah telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Selain itu, katanya lagi, dalam usaha untuk mengelakkan penyelewengan maklumat, JPN turut melaksanakan mekanisme pencegahan dengan mempertingkatkan teknologi kad pengenalan apabila maklumat di dalam cip kad pengenalan tidak boleh dipinda dan hanya boleh dibaca dengan menggunakan alat pembaca kad atas kebenaran lisan atau pengesahan biometrik pemiliknya. Platform semakan dan pengesahan maklumat individu turut disediakan JPN untuk pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan sektor kewangan untuk memudahkan keperluan dan bagi mengelakkan penipuan daripada berlaku.

SUMBER:

Facebook Jabatan Pendaftaran Malaysia

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI