KWSP Terlibat Perjanjian Meragukan Dengan Beberapa Syarikat Kewangan Antarabangsa?

TULAR:
1113

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terlibat dalam pelbagai perjanjian dan urusan meragukan, membabitkan pemindahan sejumlah wang dengan beberapa syarikat kewangan antarabangsa.

Sumber gambar: sarawakreport.org

SEBENARNYA:

Menurut KWSP, pihaknya tidak pernah berurusan mahupun memeterai sebarang perjanjian dengan Limage Holdings SA, Limage Southwest Holdings, individu yang dikenali sebagai Mr Matrai atau mana-mana pihak yang dinyatakan, justeru, tiada sebarang pemindahan bon atau dana kepada mana-mana pihak atau individu seperti yang didakwa pihak tertentu.

Merujuk kepada “Surat Ganti Rugi” yang kononnya dialamatkan kepada Gyorgy Matrai of Limage Holding S.A, jelas menunjukkan bahawa ianya dokumen yang dipalsukan, lalu satu laporan polis telah dibuat pada 28 Oktober, 2015. Selain itu, satu laporan polis turut dibuat pada 26 Februari 2016 menyatakan bahawa KWSP tidak tahu menahu mahupun terbabit dalam urus niaga seperti yang dirujuk dalam satu ‘Surat Lantikan’ lain bertajuk “Development and Construction of Integrated Medical City Project For EPF” daripada TripleNiceTales Sdn Bhd.

KWSP turut menambah, pihaknya tidak tahu menahu mahupun terbabit dalam mana-mana urus niaga pelaburan dengan Ladylaw Securities ataupun Nik Manikis.

KWSP menegaskan, sebarang skim seumpama demikian tidak akan melepasi rangka kerja tadbir urusnya yang mantap, yang mana sebelum mana-mana keputusan pelaburan dibuat, semua cadangan tertakluk kepada penilaian risiko ketat dan kajian terperinci oleh pengurusan, laitu Jawatankuasa Pelaburan Pengurusan sebelum dikemukakan kepada Panel Pelaburan bagi kelulusan akhir.

SUMBER:

Laman Rasmi KWSP

Berita Harian

Astro Awani

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI