3,847 Hektar Hutan Simpan Kekal Perak Berkemungkinan Dimansuhkan Untuk Dana Pilihan Raya?

TULAR:
1175

PENJELASAN:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Perak berkemungkinan memansuhkan 3,847 hektar rizab hutan simpan kekal (HSK) untuk mendapat dana pilihan raya.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pengerusi JawatankuasaPembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Datuk Saarani Mohamad, tuduhan kemungkinan pemansuhan 3,847 hektar rizab HSK untuk mendapat dana pilihan raya adalah tidak benar.

” Kita tidak dapat satu sen pun untuk tujuan pilihan raya dengan mewartakan tanah 3,847 hektar itu, tidak ada, itu proses biasa. Jelasnya lagi, tanah itu selesai diukur oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) pada hujung tahun 2017, diikuti oleh proses biasa PTG untuk membuat pewartaan pada 15 Feb 2018.”

Beliau menambah, tanah-tanah tersebut adalah bagi tujuan rizab Orang Asli dan Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok (RTB) untuk diberikan kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Majlis Agama Islam serta badan-badan yang membiayai pembangunan sekolah Cina dan Tamil.

Mengenai dakwaan bahawa masa yang diambil terlalu lama untuk pewartaan tanah itu, Saarani menjelaskan, proses mengukur dan membanci yang siap pada 2013 dibentangkan semula kepada Exco yang akhirnya diputuskan bahawa pemansuhan dikurangkan kepada 9,506 ekar. Katanya lagi, setelah pindaan itu, tanah perlu diukur semula oleh JUPEM ianya yang siap pada hujung 2017.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI