Perkhidmatan Tren LRT Tergendala Kerana Terdapat Penumpang Dilanggar Di Stesen Damai?

TULAR:
1267

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa operasi tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergendala akibat terdapat penumpang yang dilanggar dan tersangkut di bawah LRT di Stesen Damai.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

RapidKL menerusi kemaskini di laman Twitter rasmi mereka memaklumkan, operasi tren LRT aliran Kelana Jaya terpaksa dihentikan sementara waktu kira-kira jam 8 pagi susulan kerja penyelanggaraan membabitkan isu keselamatan di Stesen Damai.

Katanya lagi, operasi kembali pulih seperti biasa 20 minit kemudian dan pihaknya telah menghantar tren kosong ke Stesen KL Sentral dan Setiawangsa bagi mengambil penumpang yang terkandas.

RapidKL turut menafikan dakwaan kononnya tren tergendala kerana seorang penumpang telah dilanggar dan mangsa tersangkut di bawah LRT, sebaliknya, seorang penumpang telah pengsan dan jatuh ke trek.“Penumpang diselamatkan dan kini menerima bantuan perubatan. Maklumat lanjut akan diberikan tidak lama lagi.”

SUMBER:

Twitter Rasmi RapidKL (1)

Twitter Rasmi RapidKL (2)

Twitter Rasmi RapidKL (3)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI