
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM):
CAAM mengesahkan bahawa sebuah helikopter Kamov Ka-325 dengan nombor pendaftaran UR-CIT telah terlibat dalam insiden kebakaran di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, hari ini.
Insiden tersebut berlaku kira-kira pada jam 12.28 tengah hari ketika helikopter berkenaan sedang menjalani ujian enjin di darat sebagai sebahagian daripada aktiviti penyelenggaraan. Landasan lapangan terbang kini ditutup. Semua penerbangan keluar dan masuk dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, kini ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Para penumpang dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing.
Insiden ini akan disiasat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
SUMBER:






