
Menurut kenytaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB):
KTMB memaklumkan operasi tren di antara Stesen Kulai dan Stesen Kempas Baru masih belum dapat dipulihkan susulan insiden lori terbabas yang menjejaskan Alat Talian Atas (ATA) pada malam 5 Ogos 2026.
Sehingga awal pagi ini, kerja-kerja pemulihan masih dilaksanakan di lokasi melibatkan pengalihan struktur konkrit (parapet) yang jatuh dan menyentuh ATA pada kedua-dua landasan naik dan turun.
Pada jam 3.00 pagi, pihak syarikat lori, Transmare-Chemie (M) Sdn. Bhd., memaklumkan bahawa kren berkapasiti 120 tan yang diperlukan bagi kerja pengalihan struktur konkrit masih belum dapat diperoleh. Pihak syarikat dijangka memberikan perkembangan lanjut mengenai ketersediaan kren berkenaan pada jam 8.00 pagi tadi.
Sekiranya kren tersebut tersedia, kerja-kerja mengangkat dan mengalihkan struktur konkrit dijangka dapat dimulakan sekitar jam 10.00 pagi. Bagaimanapun, jangkaan masa bagi laluan dibuka semula masih belum dapat ditentukan dan tertakluk kepada kemajuan kerja pengalihan, pemeriksaan teknikal serta pengesahan keselamatan.
Pasukan operasi dan teknikal KTMB yang terlibat kekal berada di lokasi bagi menyelaras tindakan pemulihan dan memastikan aspek keselamatan dipatuhi.
Sehubungan itu, tiga perkhidmatan ETS dari JB Sentral dan Shuttle Selatan pada pagi ini terjejas dengan aturan perjalanan seperti berikut:


Aturan operasi ini akan dilaksanakan sehingga kerja-kerja pemeriksaan dan pemulihan di laluan terlibat selesai serta disahkan selamat untuk operasi. KTMB akan memaklumkan sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
Penumpang bagi perkhidmatan terlibat akan dibawa menggunakan bas perantara dari Stesen JB Sentral dan Stesen Kempas Baru ke Stesen Kulai sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren ke destinasi masing-masing.
Bagi penumpang yang terjejas dan memilih untuk tidak meneruskan perjalanan, pemulangan tambang penuh akan diberikan. Penumpang boleh mendapatkan bantuan lanjut daripada kakitangan KTMB yang bertugas di stesen.
KTMB akan terus menyelaras kerja-kerja pemulihan bersama pihak berkaitan dan operasi tren hanya akan dibenarkan selepas laluan serta sistem ATA disahkan selamat untuk digunakan.
Perkembangan terkini mengenai kerja pemulihan dan aturan perjalanan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi KTMB.
KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta kerjasama para penumpang sepanjang tempoh pemulihan.
SUMBER:






