Makluman: Laluan Ampang Beroperasi Secara Sementara Dalam Mod Operasi Baharu Mulai 3 Jun 2026

TULAR:
3

Menurut Rapid Rail Sdn. Bhd (RapidKL):

Rapid Rail Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling telah dikemas kini dengan pelaksanaan mod operasi sementara bagi Laluan Ampang yang berkuat kuasa mulai 3 Jun 2026.

Menurut notis perjalanan yang dikeluarkan, perkhidmatan tren dari Sentul Timur ke Putra Heights dan sebaliknya akan terus beroperasi seperti biasa. Namun, tren dari Ampang akan berpatah balik di Stesen Chan Sow Lin.

Sehubungan itu, penumpang yang melakukan perjalanan dari Sentul Timur ke Ampang perlu membuat pertukaran tren di Stesen Chan Sow Lin (Platform 1B dan 2B). Manakala penumpang dari Ampang ke Sentul Timur juga perlu membuat pertukaran tren di Stesen Chan Sow Lin (Platform 1A).

Bagi memudahkan perjalanan pengguna, perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan di beberapa lokasi yang terlibat sepanjang tempoh pelaksanaan mod operasi sementara ini.

Rapid Rail turut memaklumkan bahawa kekerapan bas adalah antara 15 hingga 20 minit, tertakluk kepada keadaan trafik semasa.

Orang ramai disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi Rapid KL bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

SUMBER:

Facebook Rasmi RapidKL

Instagram Rasmi RapidKL

X Rasmi RapidKL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI