
Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP):
JPNPP prihatin berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda negara ini. Dengan ini, dimaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di bawah negeri Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa pada Isnin, 19 Oktober 2026.
Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah perlindungan kesihatan serta minum air secukupnya. Pihak sekolah hendaklah memastikan kemudahan bekalan air minuman yang mencukupi disediakan untuk warga sekolah. Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan kesihatan anak-anak berikutan keadaan jerebu boleh mempertimbangkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pentadbir sekolah.
JPNPP akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa serta memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan.
SUMBER:






