Makluman: Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

TULAR:
5

Menurut kenyatan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor):

Dimaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) beroperasi seperti biasa pada 19 Oktober 2026 (Isnin).

Walaubagaimanapun, semua aktiviti luar ditangguhkan. Sehubungan dengan itu, semua pihak diminta mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

1. Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.

2. Ibu bapa atau penjaga yang bimbang tentang kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

3. Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Alam Sekitar serta memberikan perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi.

Ibu bapa, penjaga dan warga sekolah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran komunikasi rasmi JPN Selangor atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan warga pendidikan amat dihargai.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPN Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI