
Menurut kenyataa Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL):
Dimaklumkan bahawa semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa pada hari Isnin, 19 Oktober 2026. Walau bagaimanapun, semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.
Warga sekolah termasuk murid digalakkan untuk memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa.
Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak untuk hadir ke sekolah berikutan keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak mereka. Walau bagaimanapun, pihak ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran tersebut kepada pihak sekolah.
Semua pihak diminta untuk terus peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa yang berkaitan dengan keadaan jerebu.
Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur (JPWPKL).
SUMBER:






