
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerima aduan berhubung iklan palsu yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menduduki ujian melalui platform media sosial TikTok.
JPJ menegaskan bahawa iklan tersebut serta akaun yang menggunakan nama individu Ahmad Mushidi adalah palsu dan bukan saluran rasmi jabatan berkenaan.
Susulan perkara itu, JPJ telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan atau tawaran lesen memandu yang tidak disahkan, khususnya yang menjanjikan kelulusan tanpa perlu melalui ujian yang ditetapkan. Orang ramai juga disaran supaya tidak membuat sebarang bayaran atau berkongsi maklumat peribadi dengan akaun yang meragukan bagi mengelakkan kekeliruan dan kerugian.
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perkhidmatan JPJ hendaklah disalurkan melalui saluran rasmi JPJ sahaja.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dan sentiasa menyemak kesahihan sesuatu tawaran sebelum mengambil tindakan atau berkongsi maklumat.
SUMBER:






