PRU14: TNB Jamin Kelancaran Bekalan Elektrik Di Pusat Penamaan Calon, Pusat Mengundi Dan Pusat Penjumlahan Undi.

TULAR:
1540

PENJELASAN:

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperincikan persiapan yang telah dilaksanakan bagi memastikan kelancaran bekalan elektrik di lebih 200 Pusat Penamaan Calon, Pusat Mengundi dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sumber gambar: Twitter

Menurut Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman, “Kami telah pun melakukan persiapan seawal November tahun lepas dalam usaha memastikan aspek teknikal, operasi dan tunggu-sedia bekalan elektrik ke lokasi-lokasi tersebut sentiasa terjamin sepanjang musim pilihan raya.”

Menurutnya lagi, TNB telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di setiap negeri bagi mendapatkan maklum balas perincian keperluan elektrik di kesemua pusat berkenaan.

“Hasil pertemuan tersebut, kami telah pun mengambil langkah-langkah yang diperlukan. Insya Allah semuanya akan berada dalam keadaan terkawal. Bilik gerakan juga telah ditubuhkan di setiap negeri dan pusat/ibu pejabat,” jelas Roslan.

Sebagai langkah tambahan, warga kerja teknikal TNB akan diletakkan dalam keadaan tunggu sedia bagi memastikan kelancaran bekalan sepanjang proses PRU-14.

SUMBER:

Laman Rasmi TNB

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI