PENJELASAN:
Polis Kelantan memperjelaskan dakwaan kononnya terdapat kemasukan seramai 800 orang ‘pengundi hantu’ yang dibawa masuk ke Tanah Merah, Kelantan.
Polis Kelantan mengesahkan tiada isu kemasukan ‘pengundi hantu’ yang didakwa dibawa masuk ke negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanudin Hassan, pihaknya menerima laporan mengenainya dakwaan seramai 800 warga asing yang dibawa ke Tanah Merah untuk ditempatkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Mengikut siasatan awal kesemua yang dibawa itu adalah rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan sah.
SUMBER: