Ketidaktenteraman Awam Sekitar PRU14?

TULAR:
490
Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan jaminan tahap keselamatan, dan meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan spekulasi mengenai ketidaktenteraman awam yang didakwa akan berlaku sekitar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan PDRM:

Polis ingin mengulangi jaminan bahawa situasi keselamatan negara adalah kekal terkawal dan selamat. Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar, walaupun terkesan beberapa insiden terpencil yang berjaya ditangani dengan baik. Dalam tempoh berkempen juga, keadaan keselamatan tetap terkawal, tanpa berlaku sebarang insiden yang boleh menggugat ketenteraman awam. Sehubungan itu, PDRM yakin bahawa proses pembuangan undi akan turut berjalan dengan lancar dan masyarakat akan menerima apa jua keputusannya kelak dengan penuh kematangan dan hati yang terbuka. Ini kerana ia adalah keputusan yang dibuat oleh rakyat sendiri dalam menentukan masa depan negara.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia diminta untuk turun beramai-ramai bagi menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Mereka tidak perlu khuatir dan gusar akan keselamatan diri kerana PDRM akan memastikan proses Pilihan Raya berjalan lancar dan selamat. Jangan mudah terpedaya dengan berita-berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut, ekoran spekulasi yang cuba dibentuk oleh pihak tertentu bahawa akan berlaku kacau bilau yang mampu menggangu gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Polis memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan Pilihan Raya kali ini berjalan dengan aman dan tenteram.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI