Bekalan Elektrik Dijamin Stabil Sepanjang Tempoh PRU14

TULAR:
701

PENJELASAN:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)  memperjelaskan persoalan berkenaan bekalan elektrik sewaktu proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

 

Sumber gambar: Facebook

KeTTHA memberi jaminan bekalan elektrik akan stabil dan berjalan lancar sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk hari pengundian pada 9 Mei 2018.

Menurut Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada insiden gangguan elektrik akan berlaku, yang boleh menjejaskan kelancaran proses pilihan raya.

Katanya, TNB memberi jaminan akan bekerja sepanjang masa dan kakitangan teknikal TNB bersedia memastikan bekalan elektrik yang berterusan ketika proses PRU-14, selain Bilik Gerakan Khas sudah diaktifkan di setiap negeri.

“Sebagai sebahagian daripada pelan sokongan, TNB menyediakan 189 set penjana mudah alih dengan kos berjumlah RM6.1 juta yang ditempatkan di semua pusat penamaan calon, pengundian dan pengiraan undi. Ini adalah Pelan Operasi Standard disediakan untuk mengawal insiden tidak diingini.”

SUMBER:

Berita Harian

Laman Rasmi TNB

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI