PENJELASAN:
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan lebih lanjut berhubung dakwaan iklan yang menganjurkan aktiviti SeaPlane@Putrajaya di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan pada Januari.
DCA menyatakan pihaknya tidak mengeluarkan Sijil Operator Udara (AOC) kepada mana-mana organisasi untuk menganjurkan aktiviti SeaPlane@Putrajaya di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu pada Januari.
Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.
“Oleh kerana Putrajaya menempatkan pejabat kerajaan dan kawasan perumahan, DCA berpendapat keselamatan awam adalah amat penting dan satu keutamaan.”
SUMBER: