Premis Judi Haram Berleluasa Di Kampar?

TULAR:
728
casinojocker

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di Kampar.

Gambar hiasan. Sumber : PDRM

SEBENARNYA:

Polis Kampar menafikan dakwaan wujudnya kegiatan perjudian tanpa lesen secara berleluasa, khususnya di daerah itu termasuk di Gopeng dan Malim Nawar. Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa untuk membanteras kegiatan judi haram dan hingga kini, tiada sebarang kegiatan tersebut dikesan di daerah tersebut.

Ng berkata pihaknya sentiasa mengambil berat dengan sebarang aduan dan laporan mengenai kegiatan haram dan berharap orang ramai dapat mengajukannya mengikut saluran yang betul.

SUMBER :

Bernama

Berita RTM

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI