PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan terdapat amaran ombak besar dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang kononnya akan melanda pesisir pantai Pulau Pinang. Amaran tersebut meminta agar pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan pesisir pantai untuk mengalihkannya dalam kadar segera.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Alui Bahari, amaran yang tular itu adalah palsu dan menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan pesanan yang diterima di Whatsapp atau dibaca di laman sosial.
Beliau turut menasihatkan agar orang awam menyemak sumber yang diterima dengan merujuk kepada laman web rasmi jabatan tersebut dan menerusi agensi berita yang dipercayai.
SUMBER: