Harga Gas LPG Naik?

TULAR:
1111

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan.

Versi Terkini. Tular: November 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: November 2016

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kesal dengan tindakan individu yang menularkan semula laporan akhbar tahun 2016 menerusi media sosial yang menyatakan bahawa harga LPG akan dinaikkan.

KPDNKK menafikan sekeras-kerasnya bahawa LPG akan mengalami kenaikan harga, memandangkan ia adalah salah satu daripada lima barang kawalan KPDNKK.

Menurut KPDNKK, tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna.

SUMBER:

Laman Rasmi Facebook KPDNKK

Bernama

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI