TULAR :
Tular di media sosial dakwaan bahawa anggota bomba bertindak menyeret mayat di Gunung Kinabalu untuk dibawa turun melalui helikopter dalam salah satu operasi cari dan menyelamat.
SEBENARNYA :
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan sekerasnya penyebaran sekeping gambar menunjukkan salah seorang anggotanya yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) menyeret mayat pendaki Gunung Kinabalu.
Pihak bomba menyatakan, “Tidak berlaku apa yang digambarkan itu, sebaliknya anggota penyelamat sedang menunggu rakan penyelamat lain untuk mengangkat bersama.”
SUMBER :
Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia