Jalanraya Rosak Di Sabah Akibat Gempa Bumi Pada 2015?

TULAR:
1017

PALSU :

Tular di media sosial gambar- gambar yang disebarkan kononnya jalanraya yang retak teruk sehingga menampakkan dasar bawah tanah akibat gempa bumi di Sabah pada tahun 2015.

Sumber Gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Sabah menafikan bahawa terdapat jalanraya yang rosak sehingga terputus hubungan berikutan kejadian gempa bumi di negeri itu.

Pengarahnya, Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata,”Situasi tidaklah seburuk yang digambarkan dalam media sosial. Perbuatan seumpama itu hanya menjadikan orang ramai panik, kalut dan hanya merumitkan keadaan.”


SUMBER : 

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI