Buah Durian Dicelup Cecair Beracun?

TULAR:
1323

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa buah durian yang diimport dari Thailand dicelup dalam cecair beracun bagi membolehkan buah tersebut kelihatan lebih kuning dan tahan lebih lama.

Sumber gambar : Facebook

 

 

 

 

 

 


SEBENARNYA :

Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menjalankan pemantauan ke atas makanan di pasaran tempatan serta yang diimport bagi memastikan makanan berkenaan adalah selamat.

Sehingga kini, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas durian di pasaran tempatan termasuk yang diimport mendapati bahawa tiada sampel yang dikesan mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan.

SUMBER :

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI