Ajinomoto Mengandungi Kandungan Tidak Halal?

TULAR:
4378

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Ajinomoto mengandungi kandungan berunsur babi.

Sumber gambar: Food Navigator


SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan syarikat pengeluar bahan perisa makanan, Ajinomoto menggunakan unsur babi dalam pemprosesan produknya seperti yang tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Bahagian Hab Halal Jakim mengesahkan bahawa Ajinomoto Malaysia Berhad adalah pemegang sijil halal yang sah.

SUMBER : 

Halal.gov

Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI