Gangguan Air Di Selangor Selama 36 Jam?

TULAR:
381

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa gangguan bekalan air bakal berlaku di Selangor selama 36 jam. Sebaran tersebut turut menggesa masyarakat menadah air bagi menyediakan isi rumah untuk insiden tersebut.

Sumber gambar: Sinar Harian.

SEBENARNYA :

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menafikan berita berhubung gangguan bekalan air selama 36 jam yang berlaku di seluruh negeri Selangor.
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, “berita ini pernah disebarkan beberapa bulan sebelum ini dan kini ia telah kembali tersebar melalui laman sosial Facebook dan juga aplikasi WhatsApp sehingga mengundang situasi panik di kalangan pengguna.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI