Anggota Bomba Seret Mayat Di Gunung Kinabalu?

TULAR:
1013

TULAR :

Tular di media sosial  dakwaan bahawa anggota bomba bertindak menyeret mayat di Gunung Kinabalu untuk dibawa turun melalui helikopter dalam salah satu operasi cari dan menyelamat.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan sekerasnya penyebaran sekeping gambar menunjukkan salah seorang anggotanya yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) menyeret mayat pendaki Gunung Kinabalu.

Pihak bomba menyatakan, “Tidak berlaku apa yang digambarkan itu, sebaliknya anggota penyelamat sedang menunggu rakan penyelamat lain untuk mengangkat bersama.”

SUMBER : 

Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI