PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa kononnya ada anggota polis trafik yang membawa bendera parti politik ketika mengiringi konvoi.
SEBENARNYA:
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan dakwaan kononnya ada anggota polis trafik yang membawa bendera parti politik ketika mengiringi konvoi perlumbaan basikal.
Perkara ini dikesan berdasarkan rakaman video dan gambar yang tular dalam laman sosial sejak minggu lalu yang menunjukkan seorang anggota polis trafik bermotosikal kononnya membawa bendera parti politik.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Sharul Othman Mansor berkata, bendera berkenaan adalah bendera berlogo pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau menjelaskan, “Ianya adalah kedudukan petugas bagi sesebuah konvoi perlumbaan basikal atau mana-mana konvoi kenderaan yang membabitkan jumlah kenderaan yang banyak. Kedudukannya di bahagian belakang sekali selepas permulaan konvoi didahului dengan bendera merah”.