Kejadian Tanah Runtuh Di Jalan Seremban – Kuala Pilah?

TULAR:
1236

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Seremban – Kuala Pilah berdekatan Terachi, Negeri Sembilan ketika hujan lebat.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Haslah Bachok berkata, tiada kejadian tanah runtuh di Jalan Seremban – Kuala Pilah dekat Terachi ketika hujan lebat, sebaliknya, apa yang berlaku hanya limpahan lumpur di tengah jalan berhampiran Kampung Solok Paku yang menganggu aliran trafik antara Kuala Pilah ke Seremban.

Katanya, limpahan lumpur itu berlaku berhampiran tapak pembinaan naik taraf jalan raya di kawasan tersebut. “Aliran trafik telah terhenti kira-kira dua jam sebelum pulih seperti sedia kala.”

SUMBER:

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI