Seorang Kanak-Kanak Perempuan Dirogol Di Pasar Tanjung, Tawau?

TULAR:
1227
Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa seorang kanak-kanak perempuan dirogol di Pasar Tanjung sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Polis menafikan dakwaan kononnya seorang kanak-kanak perempuan dirogol di Pasar Tanjung, sebenarnya mangsa hanya diganggu lelaki disyaki ada masalah mental.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus, lelaki berusia 25 tahun itu telah ditahan selepas ibu kepada mangsa berusia 10 tahun itu membuat laporan di balai polis.

“Ibu mangsa berusia 43 tahun membuat laporan polis bahawa anak perempuannya diganggu seorang lelaki tidak dikenali di pasar berkenaan pada pukul 1.30 petang.”

“Mangsa bermain dengan rakan-rakannya kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum terserempak dengan suspek yang tiba-tiba menghulurkan wang RM5 kepada mangsa tanpa berkata-kata.”

Berikutan itu, Fadil berkata mangsa yang terkejut dan ketakutan terus melarikan diri dan menjerit memanggil ibunya.

SUMBER:


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI