Pelajar Sekolah Merelakan Diri Dibelasah Ketika Menyambut Hari Lahirnya?

TULAR:
1393

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa seorang pelajar sekolah menengah di Shah Alam ‘merelakan’ dirinya dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Terkini,

Polis telah menerima satu laporan berhubung penularan video seorang pelajar sekolah menengah di daerah ini dipukul semasa menyambut hari jadinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan tersebut dilakukan oleh mangsa sendiri di balai polis Seksyen 9 di sini.

Beliau menambah, hasil siasatan awal kejadian itu berlaku pada Februari lepas dan difahamkan pihak sekolah mengenal pasti kesemua pelajar yang terlibat dan siasatan terperinci akan dijalankan.

Jelas Baharudin, “Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini”.

Terdahulu,

Pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kes video tular seorang pelajar sekolah menengah di Shah Alam yang dipercayai ‘merelakan’ dirinya dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya.

Menerusi rakaman video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial itu, kira-kira lapan pelajar lain menyanyikan lagu ‘Happy birthday to you’ kepada seorang rakan mereka di dalam kelas, sebelum memukulnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, “Polis masih belum menerima laporan mengenai kejadian ini. Namun sekiranya ada laporan, kita akan siasat sebelum mengambil tindakan selanjutnya.”

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia (Terkini)

Facebook Polis Diraja Malaysia

Harian Metro

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI