Aset Dan Anggota Tentera Darat Berkawal Di Putrajaya?

TULAR:
3620

PALSU:

Tular di media sosial gambar kononnya aset dan anggota tentera berkawal di sekitar Putrajaya.

Sumber gambar:Facebook

SEBENARNYA:

Tentera Darat menafikan penularan khabar angin menerusi gambar-gambar di media sosial berkenaan Tentera Darat menempatkan aset dan anggota bagi mengawal Putrajaya. Pihak Tentera Darat memohon agar penularan gambar tersebut dihentikan segera dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan berita palsu berkenaan.

Dalam pada itu, Polis Putrajaya turut menafikan penularan gambar kenderaan tentera berkawal di sekitar Putrajaya.

Menurut Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, penularan gambar itu bukan sebenarnya berada di Putrajaya.

SUMBER:

Twitter Rasmi Tentera Darat Malaysia

Utusan

Twitter Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI