Jabatan Imigresen Kelantan Keluarkan Kain Rentang Amaran Kepada Pengundi Dwi Kerakyatan?

TULAR:
1195

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Imigresen Kelantan menaikkan kain rentang amaran kepada pengundi dwi (kerakyatan) yang akan mengundi.

Sumber gambar: Sinar Harian.

SEBENARNYA :

Jabatan Imigresen Kelantan menafikan ada mengeluarkan kain rentang amaran kepada pengundi dwi (kerakyatan) yang akan mengundi.

Pengarahnya, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, jabatan itu tidak mengeluarkan sebarang arahan atau makluman melalui kain rentang di kawasan sempadan.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya turut menemui beberapa paparan dengan mesej yang sama di Bukit Bunga, Jeli dan Pengkalan Kubor, Tumpat.

Beliau juga berkata, “Sebarang sebaran maklumat menggunakan konsep kain rentang sepatutnya perlu melalui kelulusan daripada beberapa pihak antaranya majlis daerah di satu-satu kawasan.”


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI