Bahagian Pinjaman Perumahan Bakal Dimansuhkan?

TULAR:
406

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bakal dimansuhkan oleh kerajaan.


SEBENARNYA :

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah menafikan bahawa Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan dimansuhkan. Menurutnya lagi, kerajaan bercadang untuk menjadikan BPP sebagai sebuah Badan Berkanun (BB) dan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.

SUMBER : 

Facebook Kementerian Kewangan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI