Terdapat Unit Risikan Dan Kad Kuasa Perisik?

TULAR:
1563

PALSU :

Tersebar luas di media sosial dakwaan kononnya terdapat unit risikan khas di bahagian keselamatan negara yang memberi kuasa kepada anggotanya menjalankan aktiviti penguatkuasaan atau mengutip wang.

Sumber gambar : Kementerian Dalam Negeri

SEBENARNYA :

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan wujud ‘unit risikan khas bahagian keselamatan negara’ di kementerian itu yang memberi kuasa kepada anggotanya menjalankan aktiviti penguatkuasaan atau mengutip wang.

Menurut KDN, kes seumpama ini pernah dilaporkan pada tahun 2011 dan pihaknya telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.

KDN menerangkan bahawa semua pegawai dan kakitangan KDN hanya menggunakan kad rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia sebagai tanda pengenalan.

SUMBER : 

Kementerian Dalam Negeri

Polis Diraja Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI