Jabatan Insolvensi Lantik Orang Tengah Bagi Memudahkan Urusan?

TULAR:
972

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah melantik orang tengah bagi memudahkan urusan berhubung hal ehwal insolvensi bagi individu yang telah diisytiharkan bankrap.

Gambar hiasan. Sumber : Blog Idaman78

SEBENARNYA :

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai perantara atau orang tengah bagi memudahkan urusan berhubung hal ehwal insolvensi bagi individu yang telah diisytiharkan bankrap.

Sumber daripada MDI berkata, sebarang urusan berhubung kebankrapan perlu diuruskan secara terus oleh individu yang bankrap itu sendiri.

SUMBER : 

Jabatan Insolvensi Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI