Waspada Panggilan Dari Nombor Luar Negara

TULAR:
3837

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak menjawab panggilan dari nombor yang berasal dari luar negara, atau berkemungkinan akan dikenakan caj tertentu.

Sumber gambar: PDRM

Menurut kenyataan rasmi dari Polis Diraja Malaysia:

PERINGATAN: PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih.

Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 kerana setiap pemanggil yang menjawab panggilan itu akan dikenakan bayaran perkhidmatan panggilan antarabangsa seperti yang ditetapkan syarikat telekomunikasi yang dilanggan.

Namun demikian, panggilan berkenaan yang dikatakan mampu menyalin maklumat peribadi pemilik telefon berkenaan dalam tempoh tiga saat sebaik panggilan dijawab adalah tidak benar.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui.

Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI