PENJELASAN :
PDRM memperjelaskan dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengepung Balai Polis Air Itam sebelum menahan lima anggota yang bertugas di balai berkenaan.
Menurut Polis Pulau Pinang, dakwaan sepasukan anggota dan pegawai SPRM mengepung dan menyerbu Balai Polis Ayer Itam adalah tidak benar.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghaffar Rajab berkata, kejadian itu tidak benar dan tidak berlaku sama sekali sebaliknya ia adalah penahanan biasa terhadap lima anggotanya.
SUMBER :