PTPTN Ambil Wang Daripada Tabung Haji?

TULAR:
738

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengambil wang daripada akaun Tabung Haji peminjam PTPTN untuk potongan pembayaran hutang pembelajaran.

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan telah mengambil duit RM30,000 daripada akaun Tabung Haji peminjam PTPTN seperti yang disebarkan di dalam laman sosial.

Sebagaimana sedia maklum, semua transaksi pengeluaran mahupun pindahan wang yang dibuat bagi mana-mana akaun, tidak kira sama ada akaun bank atau akaun Tabung Haji adalah atas arahan dan kebenaran pemegang akaun itu sendiri. Bayaran balik secara terus melalui simpanan dalam akaun Tabung Haji bukanlah merupakan saluran bayaran balik yang telah disediakan oleh PTPTN.

SUMBER : 

PTPTN

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI