PENJELASAN:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperjelaskan dakwaan bahawa kebanyakan bangunan yang berusia lebih 10 tahun di ibu kota tidak selamat untuk dihuni sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut DBKL, lebih 500 bangunan melebihi lima tingkat yang berusia lebih 10 tahun di ibu kota, disahkan selamat untuk dihuni.
Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan DBKL, Alias Marjoh, berkata setakat ini, tiada keperluan merobohkan mana-mana bangunan di Kuala Lumpur kerana mengikut laporan awal yang diterima, sebahagian besarnya masih kukuh dan selamat diguna.
“Jika pemeriksaan mendapati bangunan itu tidak selamat selepas notis pematuhan dikeluarkan, mungkin bangunan itu perlu dikosongkan atau dirobohkan, namun setakat ini belum ada tindakan sedemikian diambil.”
SUMBER: