
Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Kuala Muda:
Pada 2 November 2025, pihak polis ingin memaklumkan bahawa bunyi dentuman yang kuat tersebut adalah datangnya dari latihan dan program yang dijalankan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkalan di Sungai Petani di antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Pada 3 November 2025, di antara jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dijangka bunyi dentuman itu akan berulang semasa latihan kedua dijalankan.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Daerah Kuala Muda






