
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Ribut Tropika Kalmaegi sedang aktif di Lautan Pasifik Barat dan dijangka bergerak ke arah barat merentasi Filipina menuju ke Laut China Selatan (LCS). Keadaan ini berpotensi menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara termasuk LCS dan Laut Sulu (LS) pada 4 hingga 7 November 2025. Pada masa yang sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa yang lebih panjang juga dijangka berlaku terutamanya di Sabah dan WP Labuan dalam tempoh tersebut.
MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Sabah dan Labuan serta LCS dan LS berkuat kuasa pada 4 hingga 7 November 2025.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET






