PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Bantuan Rakyat 1Johor (BR1J) yang diumum kerajaan negeri Johor berjumlah sebanyak RM750 kepada setiap rakyat Johor.
SEBENARNYA :
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej palsu yang viral dalam laman sosial kononnya kerajaan negeri memberikan bantuan kewangan sebanyak RM750 kepada rakyat Johor menerusi Bantuan Rakyat 1Johor (BR1J).
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dalam laman web Kerajaan Johor mahu pun apa-apa kenyataan dalam media massa berhubung BR1J.
SUMBER :