KDN Ambil Tindakan Terhadap Individu Yang Memiliki Buku Berkaitan Pengganas?

TULAR:
201

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Dalam Negeri memperjelaskan lebih lanjut berhubung individu yang didakwa memiliki buku yang diharamkan dan berkaitan dengan pengganas.

Gambar Hiasan. Sumber: Mynewshub

Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kebanyakan buku berkaitan pengganas hanya dimiliki oleh orang perseorangan dan tidak dijual secara meluas kepada umum.

Menurut beliau, “Memang boleh diharamkan tetapi selalunya yang diharamkan untuk pengedaran awam, sekiranya buku itu tak diedarkan kepada awam, KDN (Kementerian Dalam Negeri) tidak perlu mengambil tindakan.”

“Selalunya edaran melalui penerbitan dan dijual di kedai tetapi sekiranya buku itu dimiliki oleh orang perseorangan tidak semestinya buku itu diharamkan jadi ia masih lagi dalam pertimbangan (pengharaman) kerana buku itu masih tidak diedarkan secara umum.”

SUMBER:

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI