PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat bayaran tambahan berikutan pembaharuan pasport Malaysia versi baharu pada tahun 2018.
SEBENARNYA:
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiada caj tambahan dikenakan untuk permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia versi baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih.
“Biarpun mutu (pasport) telah meningkat tetapi harganya tidak dinaikkan. Beban rakyat tidak akan bertambah. Tiada cukai tambahan dan bayaran perkhidmatan baharu (permohonan atau pembaharuan pasport) pada tahun 2018 ”
SUMBER: