Jabatan Imigresen Mengeluarkan Pekeliling Yang Menghalang Kanak-Kanak Tanpa Kewarganegaraan Untuk Bersekolah?

TULAR:
416

PALSU:

Tular media sosial dakwaan kononya Jabatan Imigresen telah mengeluarkan pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk bersekolah.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Imigresen, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk bersekolah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan lengkap.

SUMBER:

Laman Twitter Jabatan Imigresen Malaysia

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI